Wednesday, March 23, 2011

Pru Mychild

Pru mychild?
> PERLINDUNGAN LENGKAP untuk setiap peringkat hidup anak
anda… SEBELUM LAHIR LAGI

> PENINGKATAN pada pelan anak anda dengan pelbagai
perlindungan BARU & DIPERLUAS*

> PERLINDUNGAN TAMBAHAN untuk IBU BAPA*

> Menyemai benih ke arah DANA PENDIDIKAN YANG TERJAMIN
untuk anak anda

Jangan ada yang menjadi penghalang kepada masa depan anak anda yang gemilang


Sebagai ibu bapa, anda tahu anak anda berhak mendapat yang terbaik. Anda mahu


memberikan anak anda kelebihan awal dalam hidup dengan memberikan mereka perlindungan


terbaik dan menjamin masa depan pendidikan mereka. Namun memang sukar untuk mencari


keseimbangan antara perlindungan dan pendidikan ini, terutamanya memandangkan hidup


ini yang sukar diduga dan kos pendidikan tinggi yang semakin meningkat.


Prudential kini menawarkan PRUmy child, pelan pertama seumpamanya yang menawarkan


perlindungan dalam tempoh penting kehamilan dan semasa bayi, berbanding dengan


kebanyakan pelan konvensional yang tidak menyediakan sebarang perlindungan untuk


anak semasa peringkat awal bayi. Selain itu, keabnormalan kongenital mungkin tidak


dilindungi di bawah pelan juvenil yang biasa. Dengan PRUmy child, ibu bapa kini boleh


yakin bahawa bayi mereka akan dilindungi sepenuhnya dari sebelum lahir lagi!

Sepintas lalu:

Jadi, bagaimana anda melindungi masa depan pendidikan anak anda?
 Dengan PRUmychild, anda boleh menguruskan DAN menjamin** dana pendidikan anak anda seawal

mungkin. Anda juga berpotensi meraih pulangan yang lebih tinggi dalam jangka panjang

dengan melabur dalam mana-mana dana PRUlink atau PRUlink education.

Tiada pelan lain yang menyeimbangkan perlindungan dan pendidikan dengan lebih

komprehensif selain daripada pelan PRUmy child - pelan inovatif yang menggabungkan

pelaburan, perlindungan dan ciri-ciri yang fleksibel.

Ambillah masa untuk memfokus kepada apa yang benar-benar penting - anak anda.
 
1. Apa itu PRUmy child?


PRUmy child adalah pelan insurans berkaitan pelaburan premium tetap yang bertujuan

untuk memenuhi keperluan perlindungan anda dan anak anda, lantas membolehkan

anda merancang dahulu untuk masa depan mereka… hari ini.

2. Apakah manfaat yang ada dalam pelan ini?

» Mengenai PRUmy child

Untuk anak, Sekiranya sesuatu yang tidak diingini menimpa anak anda, misalnya kematian,

manfaat yang akan dibayar ialah:

• Jumlah Diinsuranskan & jumlah nilai unit di dalam akaun1

Sekiranya anak anda mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD):

(a) sebelum umur 16 tahun, jumlah diinsuranskan maksimum akan dibayar

(tertakluk kepada RM500,000 setiap hayat); atau

(b) selepas umur 16 tahun tetapi sebelum umur 70 tahun, jumlah diinsuranskan

maksimum akan dibayar (tertakluk kepada jumlah RM4 juta setiap hayat)

Sekiranya berlaku TPD, jumlah diinsuranskan akan dibayar tertakluk kepada

bayaran sekali gus maksimum sebanyak RM1 juta apabila tuntutan dibuat. Baki

jumlah diinsuranskan akan dibayar pada ulang tahun pertama TPD2. Apabila

berlaku kematian lebih awal, baki jumlah diinsuranskan akan dibayar serta-merta.

(Sila rujuk dokumen polisi untuk definisi TPD)

Pada kematangan pelan

Nilai semua unit di dalam akaun akan dibayar apabila anak anda mencapai umur

100 tahun pada hari lahir mereka yang berikut.

Pada serahan

Nilai unit di dalam akaun pada masa serahan.

Untuk ibu mengandung

Tidak terlalu awal untuk memulakan perlindungan dengan manfaat PRUearly start

atau PRUbest start yang menawarkan Manfaat Penjagaan Anak dan Manfaat

Penjagaan Kehamilan untuk ibu-ibu mengandung dan bayi dalam kandungan mereka.

Sila rujuk Risalah PRUearly start / PRUbest start untuk butir-butir lanjut.

1. Bagi kematian anak yang berlaku selepas 30 hari dari kelahiran. Walau bagaimanapun, bagi kematian anak

yang berlaku sebelum kelahiran dan sehingga 30 hari dari kelahiran, manfaat yang akan dibayar ialah jumlah

premium yang telah dibayar atau jumlah nilai unit di dalam akaun, mana-mana yang lebih tinggi.

2. Tertakluk kepada bukti hilang upaya yang berterusan.

Nota: Bagi pelan juvenil, sekiranya berlaku kematian, penyakit kritikal atau TPD sebelum umur 5 tahun, perkadaran

jumlah asas diinsuranskan yang dibayar ialah pada umur 1 tahun hlb (hari lahir berikut): 20%, umur 2 tahun hlb:

40%, umur 3 tahun hlb: 60%, umur 4 tahun hlb: 80%, umur 5 tahun hlb: 100%.



3. Siapa yang boleh mengambil pelan PRUmy child plan?

Anda boleh mengambil pelan ini untuk bayi anda yang belum lahir seawal usia

kandungan 18 minggu, atau untuk anak anda yang berumur di antara 1 - 18 tahun

pada hari lahirnya yang berikut. Ibu bapa, yang mestilah berumur di antara 18 - 60

tahun, memiliki polisi ini dan boleh mengubahsuai polisi ini sebagaimana yang mereka

rasa sesuai bagi manfaat anak.

* Jika anda tidak ingin menikmati Manfaat Penjagaan Anak / Manfaat Penjagaan Kehamilan, anda diberi


pilihan untuk membeli PRUmy child selepas kelahiran anak anda

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...