Saturday, March 26, 2011

Cinta Seorang Isteri...


       Aku layan la citer tv2 pukul 10 mlm...Cinta Seorang Isteri...buat airmata aku meleleh ja...lakonan ijoy n zaryn min, citer yang aku rasa memang selalu sangat aku baca sebelum ni dalam majalah mingguan wanita. Kisah rumahtangga yang mana lelaki tu terpedaya dengan godaan luar sehingga mengabaikan dan tidak menghargai isterinya. Seorang lelaki yang baik bila terpengaruh dengan kawan-kawan boleh berubah sekelip mata.

 Isteri yang cantik macam mana pun jika pengaruh luar lagi kuat memang susah la..keinsafan akan datang dari hati..dalam citer ni akhirnya isteri meninggal dunia..baru lah ada kesedaran dalam diri lelaki..normal dalam kehidupan bila sesuatu dah hilang barulah timbul keinsafan..tapi menyesal kemudian tak bermakna...bila di depan mata tak dihargai bila dah hilang baru terasa....

Sedih gak la aku tengok macam mana layanan seorang suami kepada seorang isteri yang baik macam tu...tu yang rasa menitik air mata...tapi itulah realiti kehidupan...banyak gak kisah2 macam tu berlaku..cuma mungkin tak sama dari jalan ceritanya...ada isteri baik suami main dengan perempuan lain, ada isteri dan anak2 di rumah suami ikut perempuan lain dan terpengaruh utk enjoy dengan kawan2, ada isteri merana suami gila dadah, ada suami bagus isteri main kayu tiga dan macam2 la citer....

apepun pokok pangkalnya kena balik kepada ajaran agama kita. Islam itu indah..kalau rumahtangga tak berpegang pada ajaran Islam memang macam2 citer la yang jadi. So hargailah orang2 disekelilingmu...Suami isteri anak2 adalah harta yang paling bernilai...


Jika isteri menangis
dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..


Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.


Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.


Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...