Saturday, March 26, 2011

Penceraian...

     Aku tengok berita tv9 siang tadi, dalam rekod ada 27000 kes penceraian..lepas tu baru teringat berita pada bulan Mac ni bertajuk Setiap 15 minit satu pasangan bercerai. Emmm..terfikir gak la macam2 cerita kan..bayangkan setiap 15 minit runtuh satu masjid yang pada mulanya di bina atas dasar cinta kalau terpaksa tu bleh diterima la...Tapi kebanyakkannya adalah pada mulanya bercinta bagai nak rak pastu bila dah duduk sebumbung lama2 timbul pulak sebab tak sefahaman. Masa bercinta bila orang tanya kenapa nak kat si polan bin si polan jawabnyer mesti dia memahami diri kita, bertanggungjawab,penyayang dan sebagainya. Tapi bila dah kawin bila rumahtangga dah retak mula akan jawab sebab bercerai tiada persefahaman dan tak bertanggungjawab.

Mengikut kajian sebab teratas penceraian adalah masalah sosial, adanya orang ketiga dan masalah ekonomi. Masalah sosial ni tak kira la menagih dadah, terpengaruh dengan kawan2 untuk berseronok, kes jenayah dan sebagainya.

Punca yang kedua ni aku tertarik sikit sebab masalah orang ke tiga. Masalah orang ketiga memang banyak berlaku, masa bercinta semuanya indah macam2 kata2 manis keluar nak sehidup semati la, xde pompuan atau lelaki lain la selain u..uish macam2 la... semuanya yang indah2..kalau bleh masa tu hari2 nak tengok muka..tak tengok rindu giler la...tapi bila dah jadi suami isteri dah tinggal sekali, pagi petang siang malam duk pandang muka mula la timbul rasa jemu, duk rumah rasa menyampah, cakap asyik nak marah di tambah plak bila terjumpa kekasih lama pastu kongsi plak masalah, lagi bertambah rapat plak tu...ada gak yang terjumpa orang baru yang lagi muda n mengancam atau lagi memahami, bertanggungjawab dan kacak..aii alamat yang kat rumah dah tak ingat la akhirnya hancur la rumahtangga...ye lah benda baru semua orang suka..dah lama jadi kain buruk di buang la...suami atau isteri yang dilamun cinta baru atau cinta lama berbunga kembali, isteri atau suami di rumah tak dihiraukan lagi. sebabnya masa bercinta kan semuanya indah...bak kata orang kentut pun wangi..hehehe...orang ketiga ni jugak termasuklah campurtangan ibubapa atau campurtangan pihak lain yang ingin menhancurkan kebahagiaan orang lain.

Punca yang ke tiga ialah masalah ekonomi. Ekonomi yang stabil amat penting dalam sesebuah rumahtangga sebab tu kalau nak dirikan rumahtangga kena ada duit..takde duit jangan kawin lagi kang tak pasai gaduh pasal duit..sebab benda sekarang semua perlu duit. Masalah duit ni sangat sensitif dalam rumahtangga,klau duk masalah kewangan jer memang akan jadi pergaduhan la suami isteri. Masalah ekonomi juga berlaku dari segi pekerjaan contoh pihak laki tak bekerja atau sebagainya. Boleh dikatakan punca semua ni berlaku adalah disebabkan hidup tak berpandukan agama dan lebih mementingkan emosional.

 PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.

“Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.

       Fikirkanlah kesan akibat penceraian  tersebut, kepada perempuan umpama mati hidup semula..tiada orang yang impikan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Kepada yang mempunyai anak fikirkanlah kesan kepada anak tersebut dari segi mental dan fizikal. Jadi jagalah keharmonian rumahtangga kita sebaik mungkin..pertahankanlah institusi kekeluargaan kita dan pada yang bergelar suami jadilah pemimpin keluarga yang terbaik, suami yang terbaik dan ayah mithali...dan kepada yang bergelar isteri jadilah isteri yang solehah dan ibu mithali...Insyaallah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...