Sunday, March 20, 2011

Laluan Ke-2 ke Puncak


Laluan kedua untuk ke puncak adalah laluan yang pernah dilalui oleh ramai orang seperti anda. Inilah buku yang akan membawa anda ke puncak gunung sedangkan anda tiada kaki untuk mendaki. Nampak macam mustahil tetapi apakah anda sanggup berubah? Jika ya, anda sentiasa ada harapan untuk ke sana.

Kajian-kajian kes dalam buku ini

* Kisah benar berjaya setelah gagal akademik
* Kisah benar berjaya setelah gagal perniagaan
* Kisah benar berjaya setelah gagal kerjaya
* Kisah benar berjaya setelah gagal segala-galanya

Aku tertarik dengan tajuk buku ni...sebab dalam hidup ni aku rasa belum cukup berjaya lagi..so untuk itu aku kena dapatkan lebih banyak ilmu lagi...ni adalah buku kedua pada tahun ni yang aku habis baca. Mula2 baca aku tertarik dengan ayat dia " yang penting ada kemahuan untuk melangkah dan tahu teknik melangkah".

Jadi apepun yang kita buat mesti ada tujuan dan kita mesti tahu cara untuk sampai ke arah tujuan tersebut.
Dr HM Tuah berkata, jika anda terhalang untuk melalui highway, jalan biasa sebagai alternatif sentiasa ada. Jadi, dalam kehidupan ni banyak persamaan yang mana aku lihat ada dua cara untuk sampai ke kemuncaknya, satu highway dan satu jalan biasa.

Orang yang melalui jalan highway memang cepat sampai tapi dari segi pengalaman adalah kurang, orang yang lalu jalan biasa lebih banyak pengalaman. Hal ni terbukti dengan melihat kawan2 aku sendiri. Yang mana cepat untuk naik tapi pengetahuan dan pengalaman banyak yang lemah.

Orang yang lambat untuk sampai ke puncak kejayaan melalui macam2 dugaan dan cabaran yang banyak sebab melalui jalan lama dan dari segi pengalaman pun cukup banyak. So dalam hidup ni terpulang pada kita sama ada nak ikut highway atau jalan lama yang penting tujuan kita sampai.

Aku tertarik dengan ayat ni, tidak kira bagaimana orang menilai anda semasa hidup, yang penting kesudahannya. Tidak kira bagaimana anda memulakan gerak ketika mula-mula berlari, yang penting anda sampai ke penghujungnya...So baca la buku ni, sebab banyak pengajaran yang kita dapat. Ilmu kita kena kongsi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...