Wednesday, March 18, 2009

anda bila lagi...


JIKA ANDA TAK SANGGUP MENYIMPAN ATAU MENDERMA UNTUK DIRI SENDIRI DAN KELUARGA, ADAKAH ANDA FIKIR ORANG LAIN SANGGUP MENYIMPAN DAN MENDERMA UNTUK ANDA??? FIKIRKANLAH....SEMUA INI ADALAH UNTUK KEBAIKKAN ANDA.

hargai keluargamu...


Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat/jabatan/kementerian tempat kita berkerja akan senang-senang
mendapat pengganti, dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan, akan merasa kehilangan kita
sepanjang hayat…

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak
bijak.??
Bukankah begitu?

Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?
FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU

" HARGAILAH KELUARGA ANDA, BERILAH MEREKA PERLINDUNGAN "

apa tu insurans?

* Insuran adalah satu kaedah jaminan bersama antara satu kumpulan individu dalam satu skim untuk berkongsi bebanan kerugian luar jangkaan yang mungkin menimpa sebahagian daripada mereka.

* Usaha mewujudkan kerjasama lindung-melindungi dan tolong menolong ini adalah sejajar dengan tuntutan agama Islam. Konsep saling bekerjasama dan berkongsi sebenarnya adalah konsep Islam.

* Asas falsafah dalam bidang insuran adalah perancangan kewangan secara berjemaah. ia bukanlah jaminan nyawa, tetapi lebih kepada jaminan kehidupan seseorang daripada putus atau hilangnya punca pendapatan.

* Ketidakpastian atau kemungkinan yang berlaku seperti malapetaka dan bencana boleh menimbulkan kesusahan seperti kematian, kecacatan, kecederaan dan sebagainya. Oleh itu sebagai seorang Islam,kita harus bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ini.

"Sesungguhnya engkau tinggalkan waris engkau dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan susah, meminta-minta kepada manusia"

Monday, March 16, 2009

kenali daku..

Assalamualaikum....Hai..namaku Rohaida..bleh panggil aku Ida, Aida or Haida dan ada gak yang panggil aku Ro...ape-apepun tak kisahla...tapi member2 keje aku panggil aida sorang dua terselit panggil haida..janji bunyi blakang da tu kira okay la..aku bukan kisah sgt pun..kalau nak paggil comey ke cute ke..ok gak..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...