Thursday, March 24, 2011

Paru-paru berair

Hari ni ujan...aku sampai umah dah kul 6 petang. Duk rehat2 tup2 terlena jap sementara tunggu maghrib. Pas maghrib aku rasa ujan lagi, mak aii sejuk la nak mandi...so bg basah skit je la..aku selalu mandi malam...hari ni awal skit..kekadang lewat malam baru aku mandi sebab balik lewat. kalau balik awal pun dlm kul 8 or 9 mesti aku mandi lewat gak coz aku mesti nak berehat dulu..hehee...dah jadik tabiat lak...sebelum tu ramai kawan2 yang tegur aku sebab aku suka mandi malam2...dulu panas, seminggu 2 ni je sejuk skit malam...tapi klau tak mandi tak selesa lak..kalau balik lewat malam pun mesti aku mandi punya..


tapi tu la ramai yang nasihat aku. tapi aku buat gak..isk isk degil betul aku ni...tapi baru2 ni ada sorang member aku da tegur jugak..sebab dia duk berbalas mesej dengan aku dlm kul 11 lebih pastu aku nak mandi...so dia tegur la kata aku ni selalu mandi malam, sebelum ni aku dengar tapi wat jugak, tapi baru ni dia kata kat aku jiran dia meninggal sebab paru-paru berair sebab selalu mandi malam..ha la orang tua-tua dulu pun tak bg mandi malam2 ni selalu tapi aku dah jadi tabiat lak...aku pun cuak gak la dengar, terus rasa paru2 cam sakit jer..hehehe..rasa insaf la sat..


so sekarang aku nak ubah la skit tak mau mandi lewat2..kalau lewat basah skit dah la kot...kawan aku cakap penyakit ni bukan nak nampak sekarang tapi nanti 10 tahun akan datang bukan kita tau...MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru. ermmm aku terfikir betul gak..so aku kena kurangkan la mandi malam coz badan nak guna lama lagi...medical kad pun baru upgrade lagi coz aku rasa risiko aku makin tinggi...takut gak la..so aku sediakan payung sebelum ujan walaupun sebenarnya kalau ujan aku lebih rela redah je dari pegang payung..ehhee..tapi kali ni aku beringat sebelum terkena..bahaya ooo paru2 berair...


Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair
Pengenalan Penyakit
-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’

-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.

-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.

-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.

Jenis-Jenis Penyakit
-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...