Tuesday, March 29, 2011

Saturday, March 26, 2011

Penceraian...

     Aku tengok berita tv9 siang tadi, dalam rekod ada 27000 kes penceraian..lepas tu baru teringat berita pada bulan Mac ni bertajuk Setiap 15 minit satu pasangan bercerai. Emmm..terfikir gak la macam2 cerita kan..bayangkan setiap 15 minit runtuh satu masjid yang pada mulanya di bina atas dasar cinta kalau terpaksa tu bleh diterima la...Tapi kebanyakkannya adalah pada mulanya bercinta bagai nak rak pastu bila dah duduk sebumbung lama2 timbul pulak sebab tak sefahaman. Masa bercinta bila orang tanya kenapa nak kat si polan bin si polan jawabnyer mesti dia memahami diri kita, bertanggungjawab,penyayang dan sebagainya. Tapi bila dah kawin bila rumahtangga dah retak mula akan jawab sebab bercerai tiada persefahaman dan tak bertanggungjawab.

Mengikut kajian sebab teratas penceraian adalah masalah sosial, adanya orang ketiga dan masalah ekonomi. Masalah sosial ni tak kira la menagih dadah, terpengaruh dengan kawan2 untuk berseronok, kes jenayah dan sebagainya.

Punca yang kedua ni aku tertarik sikit sebab masalah orang ke tiga. Masalah orang ketiga memang banyak berlaku, masa bercinta semuanya indah macam2 kata2 manis keluar nak sehidup semati la, xde pompuan atau lelaki lain la selain u..uish macam2 la... semuanya yang indah2..kalau bleh masa tu hari2 nak tengok muka..tak tengok rindu giler la...tapi bila dah jadi suami isteri dah tinggal sekali, pagi petang siang malam duk pandang muka mula la timbul rasa jemu, duk rumah rasa menyampah, cakap asyik nak marah di tambah plak bila terjumpa kekasih lama pastu kongsi plak masalah, lagi bertambah rapat plak tu...ada gak yang terjumpa orang baru yang lagi muda n mengancam atau lagi memahami, bertanggungjawab dan kacak..aii alamat yang kat rumah dah tak ingat la akhirnya hancur la rumahtangga...ye lah benda baru semua orang suka..dah lama jadi kain buruk di buang la...suami atau isteri yang dilamun cinta baru atau cinta lama berbunga kembali, isteri atau suami di rumah tak dihiraukan lagi. sebabnya masa bercinta kan semuanya indah...bak kata orang kentut pun wangi..hehehe...orang ketiga ni jugak termasuklah campurtangan ibubapa atau campurtangan pihak lain yang ingin menhancurkan kebahagiaan orang lain.

Punca yang ke tiga ialah masalah ekonomi. Ekonomi yang stabil amat penting dalam sesebuah rumahtangga sebab tu kalau nak dirikan rumahtangga kena ada duit..takde duit jangan kawin lagi kang tak pasai gaduh pasal duit..sebab benda sekarang semua perlu duit. Masalah duit ni sangat sensitif dalam rumahtangga,klau duk masalah kewangan jer memang akan jadi pergaduhan la suami isteri. Masalah ekonomi juga berlaku dari segi pekerjaan contoh pihak laki tak bekerja atau sebagainya. Boleh dikatakan punca semua ni berlaku adalah disebabkan hidup tak berpandukan agama dan lebih mementingkan emosional.

 PUTRAJAYA: Amat mengejutkan apabila kadar penceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh setiap 15 minit, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Mashitah berkata, beliau tidak menafikan ada peningkatan kes penceraian di negara ini setiap tahun, malah statistik pada 2009 menunjukkan setiap perkahwinan yang didaftarkan setiap hari pasti akan ada perceraian yang berlaku.

Beliau berkata, ada banyak faktor yang menyumbang ke arah penceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat.

“Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain.

“Kalau tanggungjawab kepada Allah yang secara istiqamah (tetap) patut dilaksanakan lima kali sehari tidak dapat dilakukan, sudah tentu kita dapat membayangkan sukar untuk melaksanakan peranan mereka sebagai suami dan isteri,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri seminar sempena Maulidur Rasul bertajuk Bagaikan Cinta Khadijah di Hati Rasulullah s.a.w, di sini, semalam.

       Fikirkanlah kesan akibat penceraian  tersebut, kepada perempuan umpama mati hidup semula..tiada orang yang impikan perkahwinan berakhir dengan penceraian. Kepada yang mempunyai anak fikirkanlah kesan kepada anak tersebut dari segi mental dan fizikal. Jadi jagalah keharmonian rumahtangga kita sebaik mungkin..pertahankanlah institusi kekeluargaan kita dan pada yang bergelar suami jadilah pemimpin keluarga yang terbaik, suami yang terbaik dan ayah mithali...dan kepada yang bergelar isteri jadilah isteri yang solehah dan ibu mithali...Insyaallah.

Cinta Seorang Isteri...


       Aku layan la citer tv2 pukul 10 mlm...Cinta Seorang Isteri...buat airmata aku meleleh ja...lakonan ijoy n zaryn min, citer yang aku rasa memang selalu sangat aku baca sebelum ni dalam majalah mingguan wanita. Kisah rumahtangga yang mana lelaki tu terpedaya dengan godaan luar sehingga mengabaikan dan tidak menghargai isterinya. Seorang lelaki yang baik bila terpengaruh dengan kawan-kawan boleh berubah sekelip mata.

 Isteri yang cantik macam mana pun jika pengaruh luar lagi kuat memang susah la..keinsafan akan datang dari hati..dalam citer ni akhirnya isteri meninggal dunia..baru lah ada kesedaran dalam diri lelaki..normal dalam kehidupan bila sesuatu dah hilang barulah timbul keinsafan..tapi menyesal kemudian tak bermakna...bila di depan mata tak dihargai bila dah hilang baru terasa....

Sedih gak la aku tengok macam mana layanan seorang suami kepada seorang isteri yang baik macam tu...tu yang rasa menitik air mata...tapi itulah realiti kehidupan...banyak gak kisah2 macam tu berlaku..cuma mungkin tak sama dari jalan ceritanya...ada isteri baik suami main dengan perempuan lain, ada isteri dan anak2 di rumah suami ikut perempuan lain dan terpengaruh utk enjoy dengan kawan2, ada isteri merana suami gila dadah, ada suami bagus isteri main kayu tiga dan macam2 la citer....

apepun pokok pangkalnya kena balik kepada ajaran agama kita. Islam itu indah..kalau rumahtangga tak berpegang pada ajaran Islam memang macam2 citer la yang jadi. So hargailah orang2 disekelilingmu...Suami isteri anak2 adalah harta yang paling bernilai...


Jika isteri menangis
dihadapanmu….

“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…


Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..


Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!


Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.


Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.


Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …


Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.


Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..


TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Friday, March 25, 2011

cincin oh cincin..

Masa aku drive nak jumpa orang petang tadi, baru aku perasan yang cincin aku hilang satu batu. Jadi rongak la satu. Aku terus tak sedap hati. Jenuh memikir bila dia hilang..huh sayang sungguh aku kat cincin ni. Aku bukan bleh tengok benda yang tak complete macam tu lama-lama. Aku kena settlekan secepat mungkin. Kalau tak hidup aku resah gelisah tak leh tidoq malam lak..aku memang cam tu, kalau aku nak buat sesuatu aku buat masa tu gak bg settle kalau tak sampai sudah aku tak puas ati..

So bila aku jumpa orang pun kepala otak aku duk pikir pasal cincin tu jer...huhuhu..tak tenteram tul...lps habis jer apoimen aku trus pi jusco nak bg cincin aku elok balik...aku nak dia cantik balik walau ape cara sekalipun...Tomei bagitau kena tunggu sampai hari isnin,isk..isk..tak leh jadi ni..aku mana bleh tunggu lama-lama. So aku pi lak kat Poh Kong, dia suruh tinggal esok petang ambik..depa duk ckp cina aku tak paham pastu duk gelak-gelak..aku pun duk rasa was-was tinggal gak la...tapi dalam pala otak aku masih tak puas ati..takut tertipu...aku tgok resit poh kong tulis emas 750. Aik sape tipu sape ni...confius tul..setahu aku emas 916...so sape tipu sape ni...huhuhu..aku tertipu ke? Tak bleh jadi ni..aku pantang tul orang tipu...

Dulu aku bli cincin tu kat Tomei, so Tomei tipu aku ke Poh Kong tipu ni..tapi aku rasa dalam cincin pun tulis 916. aku lagi la cuak terus, terfikir betul ke tindakan aku...aku pun balik la check resit dulu..ha betul la dia tulis emas 916. Aku pun kol la kengkawan yang terer pasal emas. Aku confius la sape betul sape salah ni..aku tertipu ker...ada member aku cakap emas 916 tak leh ikat. Last skali ada member aku yang jual emas suruh aku send gambar dua2 resit..aku send la..lepas aku send dia suruh aku ambik balik cincin kat poh kong...

Aku pun terpaksa kuar umah balik la..jam pun dah 9.20mlm..nasib Poh kong lum tutup. Huh kalut tul aku..huhuhu...aku mintak cincin aku balik dia kata dah buat..takpe la dah buat, bleh ambik la takyah tunggu esok...tapi cincin aku tak cantik dah sebab batu dia tak shining cam batu yang asal...tapi takpe la janji aku ambik dah..member aku cakap jangan tinggal sebab bahaya...dia lagi arif pasal emas aku pun ikut la..aku ambik tu aku suruh dia check balik cincin aku emas ape coz dia tulis lain resit pembelian tulis lain...

last2 lps depa check jawabnyer 916. Mulanya dia tak tgok pun nampak ikat jer trus dia kata 750...So memang aku tak tertipu la..tu yang aku puas ati tu..kalau tertipu aku mmg akan berjuang habis2an...Pantang aku...hehehe..kalau tertipu aku nak gak pi kat tribunal pengguna report..hehehe..So masalah cincin aku pun dah settle aku pun bleh tido dengan lena hehee...

So dari citer aku ni pengajaran nyer ialah apepun yang nak buat kita kena bertanya pada yang pakar sebelum bertindak...dan apepun kita beli pastikan ketulenan nyer..jangan tertipu yer... Bertindak n berfikirlah dengan bijak.

Thursday, March 24, 2011

Paru-paru berair

Hari ni ujan...aku sampai umah dah kul 6 petang. Duk rehat2 tup2 terlena jap sementara tunggu maghrib. Pas maghrib aku rasa ujan lagi, mak aii sejuk la nak mandi...so bg basah skit je la..aku selalu mandi malam...hari ni awal skit..kekadang lewat malam baru aku mandi sebab balik lewat. kalau balik awal pun dlm kul 8 or 9 mesti aku mandi lewat gak coz aku mesti nak berehat dulu..hehee...dah jadik tabiat lak...sebelum tu ramai kawan2 yang tegur aku sebab aku suka mandi malam2...dulu panas, seminggu 2 ni je sejuk skit malam...tapi klau tak mandi tak selesa lak..kalau balik lewat malam pun mesti aku mandi punya..


tapi tu la ramai yang nasihat aku. tapi aku buat gak..isk isk degil betul aku ni...tapi baru2 ni ada sorang member aku da tegur jugak..sebab dia duk berbalas mesej dengan aku dlm kul 11 lebih pastu aku nak mandi...so dia tegur la kata aku ni selalu mandi malam, sebelum ni aku dengar tapi wat jugak, tapi baru ni dia kata kat aku jiran dia meninggal sebab paru-paru berair sebab selalu mandi malam..ha la orang tua-tua dulu pun tak bg mandi malam2 ni selalu tapi aku dah jadi tabiat lak...aku pun cuak gak la dengar, terus rasa paru2 cam sakit jer..hehehe..rasa insaf la sat..


so sekarang aku nak ubah la skit tak mau mandi lewat2..kalau lewat basah skit dah la kot...kawan aku cakap penyakit ni bukan nak nampak sekarang tapi nanti 10 tahun akan datang bukan kita tau...MANDI MALAM DAN MINUM AIR BATU merosakkan paru-paru. ermmm aku terfikir betul gak..so aku kena kurangkan la mandi malam coz badan nak guna lama lagi...medical kad pun baru upgrade lagi coz aku rasa risiko aku makin tinggi...takut gak la..so aku sediakan payung sebelum ujan walaupun sebenarnya kalau ujan aku lebih rela redah je dari pegang payung..ehhee..tapi kali ni aku beringat sebelum terkena..bahaya ooo paru2 berair...


Mengenali Penyakit Paru-Paru Berair
Pengenalan Penyakit
-Juga dikenali sebagai ‘efusi pleura’

-Paru-paru itu dikelilingi oleh satu rongga kosong yang disebutkan sebagai kaviti pleura (pleural cavity) yang memisahkan antara paru-paru dan dinding dada.

-Ia diselaputi oleh ‘prietal pleura’ disebelah dalam dinding dada dan ‘viceral pleura’ yang meliputi paru-paru.Kaviti pleura ini penting semasa proses pengembangan dan pengucupan waktu bernafas.

-Jika rongga ini diisi oleh udara disebabkan oleh kebocoran pada viceral pleura ia dikenali sebagai ‘pnemothorax’, ‘hemothorax’ jika ia dipenuhi darah dan ‘pyothorax’ jika dipenuhi dengan nanah.

Jenis-Jenis Penyakit
-Exudate
-Transudate

Punca Penyakit / Faktor Risiko
-Terjadi daripada penyakit pada paru-paru itu sendiri atau penyakit organ lain seperti jantung, hati dan buah pinggang
-Batuk kering (TB)
-Pneumonia
-Kanser paru-paru atau lain-lain kanser (efusi malignan)
-Embolisme paru-paru atau infarkasi (mati0 atau ‘infuction pulmonary’
-Kolagen (collegen disease) sepertti ‘rhuemathoid’ ‘arthritis’, SLE dan sistem sterosis
-Kegagalan jantung
-Sindrom nefrotik (kehilangan protin dari buah pinggang)
-Sirosis hati

Tanda-Tanda / Simptom

(1) Exudate
-Mempunyai kandungan protein yang tinggi (2 gram/100 ml)
-Cecairnya lebih pekat dengan spesifik graviti yang tinggi
-Jika warnanya keruh dan kelabu (cloudiness) ia mengandungi sel darah daripada penyakit kanser atau jangkitan paru-paru.
-Warna air tebu (straw colour) menentukan pesakit batuk kering (TB)
-Jika bernanah ia berpunca dari ‘lung abses’ atau jangkitan bakteria yang serius dalam kaviti pleura.

(2) Transudate
-berwarna lebih jernih dan cair
-kandungan protin yang kurang daripada 2 gram / 100ml
-terjadi akibat daripada kegagalan jantung mengepam air keluar dari paru-paru
-dalam penyakit sindrom nefrotik dan sirosis hati mengakibatkan tekanan onkotik palsma darah yang rendah, seterusnya berlakulah pergerakan air keluar dari pembuluh vena dan berkumpul di kaviti pleura.

Wednesday, March 23, 2011

Pahala seorang wanita....

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim

Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

--------------------------------------------------------------------------------

Buat sahabat-sahabat yang sudah berkahwin atau bertunang serta yang tiada sebarang hubungan, harap
sampaikanlah artikel ini kpd para wanita...... .

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelakiyang jahat.

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susubadan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yangdiberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab
rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15.. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari..

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat..

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7tola emas dan jika wanita memicit
suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala80 tahun ibadat.


Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?

Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa

Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.

Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan,

kaki, badan,etc... .



Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan;

Januari 1992.



Hadis nabi mengenai wanita.

Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


Nilai Seorang wanita solehah

Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Insya - ALLAH.


"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.



"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan

baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat

kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.


"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa

kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.



Hati Adalah Radar Yang Ajaib

Hati Adalah Radar Yang Ajaib

www.iluvislam.com

mindataqwa*

Editor: lailatulema


Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?

Semua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa ada sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia dan ianya dapat dikesan oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: 'Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan adalah hati.'

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh badan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu diisi dengan sifat mahmudah(baik) maka hebatlah seluruh anggota badannya dan akan melahirkan seseorang yang berakhlak mulia. Jika hati telah dikotori dengan sifat mazmumah(keji) maka rosaklah peribadi dan akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat untuk mengesan perbuatan manusia, sama ada mengesan perkara yang baik atau buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah untuk rasa berdebar-debar dan cemas.Seterusnya ia akan menyebabkan kita rasa gelisah dan tertekan.

Isyarat ini sebenarnya bertujuan untuk menyuruh supaya seseorang untuk kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan kembali tenang.Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan?

Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.Zikir, membaca Al-Quran, menuntut ilmu agama, memberi zakat, bersedekah dan berbaik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan, maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati,barulah seseorang berhak untuk memperolehi kebahagiaan.

Apakah cara untuk merawat hati yang berpenyakit dan menghidupkan hati yang mati?

Caranya ialah dengan bertaubat.Meminta keampunan, mengingati kematian dan sentiasa melakukan amal kebajikan.Ini akan memulihkan dan menghidupkan semula hati.

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
'(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.' (Ar-Ra'd :28)

Apabila hati kita mendustakan ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit sepertimana firmanNya;
'Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.' (Al-Baqarah:10)

Oleh itu,apabila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras.Ingatlah pesananNya yang bermaksud:
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.'(Al-Hadid:16)



AIR SEMBAHYANG

1. Ketika berkumur , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.


3. Ketika membasuh tangan kanan , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan kanan .


4. Ketika membasuh tangan kiri , berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri .


5. Ketika membasuh kepala , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.


6. Ketika membasuh telinga , berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.


7. Ketika membasuh kaki kanan , berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.


8. Ketika membasuh kaki kiri , berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat- tempat maksiat" Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di
tangan Allah.


Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri .


Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?


Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?


Bersyukurlah dan bertaubat selalu

untuk yg dah kawin, cepat baca ... kalau tak kawin lg... cepat2 kawin...... jangan nak tunggu lamer2....

      Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami.Baginda romantik kepada kesemua isterinya. Disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul di hadapan baginda lalu bertanya "siapakah di antara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata,"Saya akan beritahu kamu kemudian."Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin.

 Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain. Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yangkuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka".Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah.

Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian)untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga.     

 Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa.Pada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.


"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...."Aaaammmmmiiiiin Ya Rabbal 'AlaminSabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.



KESABARAN DAN KESEDIHAN APAKAH BOLEH BERSATU?

Seseorang bertanya , “kenapa amat susah  untuk
mendapatkan kesabaran dalam ujian Allah ?, walau
lidahnya mengatakan ini adalah ujian Allah tetapi
hatinya tetap bersedih atas ujian tersebut”.

Hal  di atas memang sering berlaku dalam diri kita dan
masyarakat, Cuma bagaiamana kita mengatasinya.
Pertama mari kita memilah-milah soalan di atas supaya
mudah kita menganalisanya dan menjawabnya..

Sabar dengan ujian Allah.
Ada empat bentuk sabar. 1. sabar atas musibah (ujian).
2. sabar atas ketaatan. 3. sabar dari maksiat.  4.
sabar dalam melakukan ibadah.
Jika kita mahu membahas satu persatu dari empat bentuk
sabar ini, bererti kita perlu menulis sebuah buku,
oleh itu kita akan hanya membahas sabar yang pertama
iaitu sabar atas ujian atau musibah.

Musibah ini pula ada dua jenis, pertama yang datang
dari Allah dan yang kedua datang dari manusia. Musibah
yang datang dari manusia tidak tidak ada yang lebih
besar dari kejahilan.  Adakalanya apabila kita ditimpa
kesusahan akibat kesalahan kita sendiri lalu kita
anggap ia adalah ujian dari Allah.  Insafkan diri kita
dari menuduh Allah atas kesilapan kita.  Perbahasan
ini panjang dan  tidak akan kita bahaskan di sini.

Musibah dan ujian dari Allah tidak semestinya
berbentuk kesusahan tetapi adakalanya ia merupakan
kesenangan.  Dengannya Allah menguji kita apa yamg
akan kita lakukan dengan kenikmatan yang Ia berikan.
Musibah kesusahan adakalanya bersifat universal
seperti bencana alam dan bersifat individu, ke atas
diri-diri kita.  Musibah individu ini tidak Allah
berikan kecuali Allah telah siapkan diri hambaNya
terlebih dahulu.  Tidak ada musibah yang Allah berikah
kecuali hambaNya  telah memiliki kekuatan untuk
memikul musibah tersebut.  Setiap musibah ada jalan
untuk mengangkat darjat manusia ke maqam yang lebih
tinggi, jika ia bersabar dengannya, jika tidak manusia
akan tercampak jauh lebih rendah dari haiwan.

Bagaiamana untuk sabar
Setelah kita pasti musibah yang kita hadapi bukan
disebabkan diri kita sendiri. Contohnya setelah kita
berusaha dalam perniagaan dan mengambil kira segala
aspek, kita tetap gagal,  bererti Allah telah
menyelamatkan kita dari perkara yang tidak baik untuk
kita.  Begitu juga hal-hal yang lain seperti
percintaan, pekerjaan, projek dan ribuaan kes lain.
Apa yang kita perlu tanamkan dalam diri kita adalah
musibah yang datang ini kerana Allah cintakan kita dan
mahu kita mendapat yang lebih baik lagi.  Dengan ini
kita akan menanam sifat sabar atas musibah dan ujian
dari Allah ke atas diri kita.

Apakah kita patut bergembira?
Banyak gembira akan membuat hati kita menjadi kasar
dan mati dan akan hilang rasa peduli.  Kesedihan dan
menangis akan melembutkan hati.  Kita akan lebih
banyak untuk mendekatkan diri kita kepada Allah. 
Wajar kita merasa bersedih jika sesuatu yang kita
inginkan terlepas dari diri kita dan ini tidak
bertentangan dengan sabar yang perlu kita tanamkan.
Tidak bercanggah dalam kita bersabar atas ujian Allah,
kita juga bersedih. Bila bersedih kita akan lebih
banyak berdoa agar Allah akan membantu kita dalam
urusan-urusan yang seterusnya.  Kegembiraan pula akan
menyebabkan kita merasa cukup dan tidak perlu berdoa.
Mintalah sesuatu dari Allah lihat baik untuk kita
jangan apa yang kita rasa baik untuk kita.

wassalam
     
__________________________________

Airmata Wanita

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya
pada ibunya. "Ibu, mengapa ibu menangis ?" Ibunya
menjawab, " Sebab, aku wanita." " Aku tak mengerti, "
kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan
memeluknya erat. " Nak, kamu memang tak akan
mengerti..."


Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya.
" Ayah, mengapa ibu menangis ? Sepertinya ibu menangis
tanpa ada sebab yang jelas ? " Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang bisa diberikan ayahnya. Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya pada
Tuhan.." Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali
menangis?" Dalam mimpinya Tuhan menjawab.." Saat
kuciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat
utama. Kuciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh
beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus
cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.


Kuberikan wanita kekuatan untuk melahirkan, dan
mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali
pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari
anaknya itu....


Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah
putus asa. Wanita , kuberikan kesabaran, untuk merawat
keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah,
tanpa berkeluh-kesah..



Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang,
walau tak jarang-jarang anaknya itu melukai
perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang
akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang
terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan
memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut
olehnya.


Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya,
melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung
baginya, kerana...bukankah tulang rusuklah yang
melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk
memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa, suami
yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya.
Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji
setiap kesetiaan, yang diberikan kepada suami, agar
tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling
menyayangi.Dan akhirnya, Kuberikan ia airmata agar
dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus

Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan
pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki
wanita, walaupun sebenarnya, airmata ini adalah...
AIRMATA KEHIDUPAN....
 
__________________________________

PRUDENTIAL - We are Number One


  Good Morning Prudential...Di Prudential kami sentiasa pagi jer...so pagi ni aku teringat lagu ni...Lagu ni adalah lagu kebangsaan di Prudential, setiap kali meeting atau ada conference or trainning mesti kami akan nyanyi lagu ni. Lagu ni gak adalah lagu semangat kami.

Dulu kalau terkendon jer mesti dengar lagu ni..so ingat balik la..this is my own business...so pe pun jangan putus asa...tiada orang yang boleh ubah hidup kita kecuali diri sendiri..di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Insyaallah

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud: "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."


Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

 Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,
" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



KATA-KATA HIKMAH

1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.


2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.


3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.


4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.


6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.


7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.


9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.


10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi


11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.


12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan


13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi


14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh


15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.


16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah


17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum


18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu


19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman


20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana


21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya.. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung


22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah


24.. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah


25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA


26.. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari


27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH


28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur


29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan


30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari


31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW


32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh


33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari


34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari


35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari


36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang


37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud


38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya


39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim


40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari


41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya


42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih


43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih


44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain


45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud


46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya


47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar


48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib


49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami


50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

Sbg tanda kusayang kamu

Assalamualaikum ... Hanya Ingin Mengingatkan .... Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar .

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan

'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


L ima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ....

1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.

4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu, iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .

2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.

3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.

4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar


Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya


Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan


Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.


Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Azab Bagi Wanita

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah

menangis manakala ia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis



Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat

perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis.. Karena,

menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.



Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.



Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.



Aku lihat perempuan tergantang kedua kakinya dengan terikat

tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.



Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.



Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta,

dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk

karena penyakit sopak dan kusta.



Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu

kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang

rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.



Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?



*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.



*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.



*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.



*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.



*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.



*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalk! annya dan tidak mau mandi junub.



*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.



Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

PESANAN Imam Ghazali:

Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?

Murid 1: Orang tua

Murid 2: Guru

Murid 3: Teman

Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang


Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU

Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.


Imam Ghazali: Apa yang paling besar didunia ini ?

Murid 1: Gunung

Murid 2: Matahari

Murid 3: Bumi


Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.


IMAM GHAZALI Apa yang paling berat didunia?

Murid 1: Baja

Murid 2: Besi

Murid 3: Gajah


Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling be! rat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.



Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?

Murid 1: Kapas

Murid 2: Angin

Murid 3: Debu

Murid 4: Daun-daun



Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat



Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?

Murid- Murid dengan serentak menjawab : Pedang


Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ! ini adalah

LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...