Sunday, June 12, 2011

BERAPAKAH NILAI SEORANG ISTERI?

aku tertarik dengan email ni..bacalah...


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...

Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.

Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.

Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,

Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..

Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….

Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,

Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami... "offer" lah pada suami ,

Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli),

Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!

Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....

semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung

Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,

Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.

Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.

Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,

Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.

Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,

jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.

Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.

Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.

Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,

She was not created from his head to top him,

Nor from his feet to be stepped upon,

She was made from his side to be close to him,

From beneath his arm to be protected by him,

Near his heart to be loved by him.


"Wahai Ya Allah!...

ku tak layak ke Syurgamu ...

namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...

kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....


"Ya Allah...

jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..

ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,

dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa L Lah..

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini

di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa L Lah' ini.

Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:

"Laa ilaaha illallah!" x 10

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah

Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut..


Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A..W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).

Khatam al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.


Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.


Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan


membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.


Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.


Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a..s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.







Saturday, June 11, 2011

Sakit pada hati atau pada jiwa?atau pada otak? lu pikir la sendiri...hehee

Tetiba rasa sakit hati n kesal..tapi aku tak mau bg lagu kesal..aku nak bg lagu sakit hati.....ha..ada lagu lak untuk sakit hati..hehehe..terimalah sakit hati..dari Tipe-X



Sakit hati, bikin sakit hati

Semua ini terjadi berkali-kali

Ngga pernah aku mengerti, mengapa begini

Masih saja kau selalu ingkari janji


Cobalah rasakan apa yang kurasa

Hati ini sakit dibohongi

Setiap kali kau tebar ribuan janji

Nggak pernah terbukti cuman mimpi


Kau taburkan bunga di angan-angan

Hingga jiwa ragaku melayang

Saat semua kembali, aku tersentak

Yang kurasa hanyalah kecewa

MLawak Minggu 11 Kumpulan Jozan Part10



Yang part 2 pun lawak gak..memang malam ni Jozan betul2 menyengat la...terbaik bro...terbaik dari Jozan...macam ni la maharaja lawak...hehee...best..best...

MLawak Minggu 11 Kuantan - Kumpulan Jozan Part5



Lawak betul Jozan malam ni...nak pecah perut aku gelak..nasib tak pecah...memang terbaik dari Johan n Zizan...memang lawak la...tak sia2 aku minat Jozan. Memang berbaloi2...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...