Sunday, March 20, 2011

Keluarkan SINGA daripada diri anda


      Buku ni buku pertama yang aku baca pada tahun ni, aku dah lama nak beli buku ni sebab member aku rekemen buku ni..dia kata dah baca dia jadi semangat gila-gila punya, buku ni jugak kalau hilang semangat terus akan jadi semangat balik, so aku cari la dekat MPH.

Dalam buku ini ada cakap, " We become not what we think but what we do". (diri kita bukan hasil apa yang kita fikirkan tapi apa yang kita lakukan).Orang bijak pandai pun ada cakap; " If you can't forecast accurately, forecast often." (jika anda tidak mampu meramal dengan tepat, ramallah selalu.) Selamat membaca...

Tajuk : Keluarkan Singa Daripada Diri Anda
Pengarang : Haji Muhammad Zakaria
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Anda sebenarnya mempunyai potensi yang cukup kuat untuk berjaya mengatasi orang lain. Tetapi anda sendiri tidak mengetahuinya atau tidak pasti tentang kewujudannya. Bakat anda sentiasa terpendam. Tidak ada orang yang sudi membongkar keupayaan anda yang unggul itu.

Walhasil anda adalah seperti diri anda yang dulu. Tabiat manusia memang cukup susah untuk berubah.

Buku ini akan mengubah sikap anda yang terperonyok itu!

Dalam diri anda ada suatu tenaga yang sangat kuat dan berpotensi. Ada ahli motivasi menamakan ia “gergasi”. Yang lain memanggilnya “harimau”. Penulis menamakan tenaga itu sebagai “SINGA”. Buku ini cuba membantu anda untuk mengeluarkan SINGA tersebut daripada diri anda. Kemudian memandu SINGA yang sudah bebas itu untuk mengaum ke seantero dunia dalam usaha menggapai kecemerlangan.

Selepas membaca buku ini anda akan mengubah diri anda Memecut Tangga Kejayaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...