Tuesday, April 26, 2011

myMetro | Marah kejut solat Subuh


Ape nak jadi la manusia zaman sekarang..isteri nak suruh bangun solat subuh pun kena tikam...dah nak menyesal dah tak guna. Isteri dah dalam keadaan kritikal...Bila pemikiran manusia dirasuk syaitan maka macam2 la jadi...isteri nak bawak ke jalan Allah..bukan ke jalan kesesatan...memang susah untuk kita bangun solat subuh..ye lah tengah best2 lena kan..susah la nak bukak mata...
Teringat aku masa dekat U dulu pun, aku ni kira akan bangun subuh la hari2...cuma ada la 2 3 kali seingat aku memang terkantoi...hehhe..biasa la kan..tapi antara rakan sebilik, aku la yang cepat bangun subuh, bukan nak perasan hehehe...dah kenyataan, sbb aku dah kunci jam..aku tak leh terdengar bunyi, mudah terjaga...bila dah biasa bangun waktu yang sama tiap2 subuh so asal bunyi jam jer aku terus bangun, tapi yang paling aku ingat, ada sorang kawan sebilik dengan aku ni memang paling liat la nak bangun subuh..hehe...kekadang dia pesan kat aku esok subuh kejut tapi bila kejut jer dia tidor balik...bila kejut dia jawab tapi tak bangun pun..tapi ada satu hari aku betul2 terasa..aku kejut la bangun subuh, ada ka patut dia marah aku balik..dia kata aku kacau dia.

 Start dari tu bila dia suruh kejut subuh aku panggil 2 3 kali dia tak bangun aku biarkan je la...sebab aku takut kena marah dah...aku ni kejut orang lembut skit, tak macam member aku lagi sorang tu, dia kejut sampai budak tu bangun la..selagi tak bangun dia akan terpekik terlolong..aku lak panggil 2 3 kali tak mau bangun lantak la kat hang...bior je la...ye lah kang lebih2 kena marah plak..wat ati terasa lak...so untuk aku selamat dari kena marah aku akan bangun awal..lepas atau sebelum solat aku akan kejut member aku sorang lagi yang aku cakap garang skit bila kejut orang tu hehehe...pastu pandai2 la dia kejut member aku yang liat nak bangun subuh tu...hehhe...aku memang surrender..lantak la dia kan..aku terus tido balik...ye lah masa kat U dulu aku tak suke ambik klas pagi2 sbb nak tido balik..hehee

Tapi ada satu hari tu member aku xde..so aku la kena kejut..bila aku kejut dia susah nak bangun..ye la..aku kejut panggil nama dia jer pastu gerak badan sikit2, pastu aku wat bising2 skit...tapi tak makan saman gak..lena jugak...bila aku give up..sebelum aku tarik selimut balik aku tulis la nota aku dah tolong kejut dia..dia yang tak mau bangun..nota tu aku letak kat dia..hehehe..terer tak...dia bangun gak tapi orang kata subuh gajah la...emmm, nape subuh gajah ek...entah ler...waktu gajah bangun subuh kot...

Tapi yang aku heran member aku tu rajin ambik klas pagi2...bleh lak dia bangun trus pi klas..hehe...dia kata suka ambik kelas pagi sbb nak habis klas awai leh pi dating...hehehe...macam2...tu pun selalu kantoi klas gak..hehehe...aku klas pagi mmg surrender awal la..sebab selalu kantoi...pas subuh sure mengantuk..paling awal pun aku ambik klas kul 10..aku suke klas petang2...tapi ada gak subjek yang terpaksa pagi2..kena gak la..tapi mmg selalu kantoi la...hehhee...tu la aku...

Tapi tu la pengalaman pasal gerak orang bangun subuh ni..aku memang tak suka kejut orang subuh2 sebab dah fobia kena marah...tapi aku akan buat bising supaya orang tu akan bangun, kalau tak bangun jugak lantak kan dia...kalau orang tu garang lagi la aku takut nak kejut..hehehe..ape la aku ni kan..penakut...;-)

Monday, April 18, 2011

Doa Seorang Isteri

Semasa aku tengah kemas buku2 aku..aku terjumpa kertas yang aku print cantik tentang doa seorang isteri...doa ni aku pernah amalkan dulu...setiap kali aku baca doa ini aku pasti menangis...doa yang begitu menyentuh hati...doa ni kawan aku bagi...mungkin dia pun print dari mana2 sumber..so kat sini aku share la doa tu, jika anda seorang isteri amalkan lah doa ini...Insyaallah..

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat 
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku dengan kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk
akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala
kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk
diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Alamin...

Saturday, April 16, 2011

Maharaja Lawak wat lawak...

Sejak ada program maharaja lawak ni ari jumaat malam sabtu aku terisi la ngan tengok tv citer maharaja lawak ni. Kalau pi mana pun aku mesti pastikan balik sebelum program tu start...memang la dia ulang tapi tengok ulang tak best..yang first gak best.

Pastu astro wat lak kena langgan astro warna baru leh tgok maharaja lawak...huh pandai betui astro wat duit. Sebab kan minat ngan maharaja lawak ni aku pun langgan la...lagi satu tgok dalam astro warna ada zizan show...langgan la..aku memang minat kat zizan ni..sempoi...zizan n johan memang mantap...best n terhibur la kalau tengok gandingan depa dua orang ni...jozan the best la...


Tapi malam ni aku tak puas hati betul la...R2 lak terkeluar daripada 2 orang yang kena panggil atas pentas....aduhai...ape dah jadi dunia lawak ni...depa tu kira ok la...lawak la jugak...tapi tu la pengundi2 yang lagi 2 tu lagi banyak la tu..huh tengok kat fb memang ramai la yang tak puas hati sbb R2 terkeluar...ramai yang mintak Amir terkeluar termasuk la aku...tapi tu la ramai gak agaknya orang undi dia..takpe la, dah rezeki R2 setakat tu jer..nak wat cam ner kan...nak marah pun aku bukan undi pun..hehee..aku tukang sokong jer..tapi peserta favorite aku mesti la Jozan, Nabil n Sepah..

Pe pun tunggu minggu depan lak...hiburan macam ni wat aku suke nak tengok..hidup kena enjoy...happy n happy n happy...lawak n berlawak n lawak...walaupun hidup sorang tapi wat macam ramai orang..walaupun duk sorang tapi rasa macam duk ngan ramai orang..hahhahaha...buang api buang karan...hidup perlukan hiburan...masak nasik dah jadi bubur...berhibur jangan sampai lebur...badan letih jadi tak larat...tapi jangan lupa akhirat...wassalam..

Tuesday, April 12, 2011

Buah Kiwi..

Terdetik hati ni nak tulis pasal buah kiwi...sebab buah kiwi ni kaya dengan vitamin C. Tapi vitamin C paling tinggi adalah pada jambu batu...kira buah kiwi ni jatuh no 2 la...Jambu batu aku tak suka sangat..so tak nak la citer..citer pasal buah kiwi la..hehe

Pagi2 selalunya aku minum yogurt...kekadang yogurt kiwi..kekadang yogurt kiwi + epal...kekadang ape2 jer perasa yang aku teringin...tapi dua perisa tu mmg sedap la...buah kiwi pun aku makan jugak la kadang2...ermm sedap, rasa masam manis.

Buah kiwi ni kaya antioksidan, di mana kandungan polifenol, karotenoid dan enzim-enzim lain membentuk  antioksidan akan menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh badan. So tubuh akan jadi lebih sihat dan terhindar daripada risiko pelbagai penyakit.

Buah ni jugak mengandungi lutein dan beta karoten. Khasiat daripada lutein dan beta karoten (vitamin A) adalah untuk memelihara kesihatan mata. So, kalau makan buah ni penglihatan mata dapat dipelihara dengan baik.

Selain itu ia juga mengandungi kalium, untuk apa kalium ni? ha untuk menjaga kesihatan jantung. Kiwi juga dapat membantu mengurangkan risiko penggumpalan darah yang menjadi punca penyakit kardiovaskular, mengawal kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

Kiwi juga dapat membantu mengatasi masalah pencernaan. Masalah buang air besar yang tak teratur, masalah kembung perut dan sebagainya....Jadi, kena cuba amalkan makan kiwi secara teratur.

Ha selain untuk kesihatan tubuh badan, kiwi juga membantu memelihara kulit wajah supaya lebih sihat bermaya. Ia boleh digunakan dalam pelbagai kegunaan iaitu:
  • Sebagai masker- menjadikan kulit lebih elastik dan segar.
  • Memakan buah ni membuat kulit lebih bersinar, mengurangkan kerutan pada wajah dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Kandungan antioksidan yang tinggi juga membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Buah ni menghasilkan minyak omega-3 yang biasanya digunakan dalam pembuatan kosmetik. Ia juga hanya mengandungi sedikit kalori, sehingga ia mudah diambil bagi mereka yang menjalani program diet.

So terpulang la nak wat jus ke nak makan ke nak wat masker ke janji kiwi banyak khasiat...macam kiwi kasut gak la penting untuk kasut..buah kiwi penting untuk kesihatan..Jom amalkan makan buah kiwi..nyum nyum..

Friday, April 8, 2011

myMetro | Kereta suami gilis lutut isteri

Sedih sangat aku baca kisah seorang isteri dalam metro ri ni...kesian sungguh..sanggup laki dia buat macam tu kat isteri yang pernah hidup bersama, makan sepinggan, tidur sebantal hingga ada 7 anak, pastu bila ada cinta baru hilang terus keindahan rumahtangga.

 Aku dapat rasa sedihnya perasaan isteri ni, digilis lak dengan kereta. Aduh macam2 la kisah rumahtangga. Akak ni dah la tak keje, hidup lak susah..kalau suami tu senang lain la citer. Ni nak sara anak 7 pun tak mampu pastu duk gila kat pompuan lain. Laki kakak ni memang xde perasaan langsung la...kalau nak tunjuk ego pun jangan la tolak isteri pastu kena gilis lak ngan kereta, dah la lafaz cerai. Gaduh, cerai dan gilis...kejam..xde perasaan betul...Geram tul aku..

Kejam sungguh...Dah tujuh anak tu...heran..ape la yang dikejar sampai hilang pedoman hidup macam tu. Dia bleh buta kerana cinta baru...bila dah ada cinta baru sekejap jer dah lupa terus pada keluarga yang ada...terus sikap akan berubah....betapa indahnya cinta kan...isk..isk...nape la sampai macam tu..dunia dunia...Ingat dunia ingatlah akhirat sama.
  

Why???

Ni aku nak citer la...ada la sorang makhluk tu..aku tak paham la..dari dulu lagi dia macam benci jer kat aku...Di mata dia aku memang nampak jahat jer...ape yang aku buat semua tak bagus bagi dia..aku pun tak paham kenapa...Aku ni teruk sangat ke????

Dia ni dah memang banyak mengguris hati aku..tapi baru2 ni aku kol dia berkenaan hal business la..leh lak dia tuduh aku doakan kehancuran hidup dia..padahal dalam hidup aku tak pernah la teringat nak doakan kehancuran hidup dia..dah lupa dah pun..Ape yang dia nak buat dia buat la..aku tak kisah pun...Ingat pasal dia pun tak, ni kan pulak nak doakan hidup dia susah..susah tul bercakap orang yang suka berperasangka buruk kat kita ni..macam la aku ni jahat sangat..terkejut gak aku bila dia kata macam tu..sebelum ni pun ada gak dia kata cam tu..tapi aku malas nak layan la...tapi kali ni aku terasa la, dia ni nape lak duk pikir cam aku jahat jer sentiasa...heran tul..tapi kalau hidup dia bahagia n senang ada ka dia pikir aku doakan dia???emmm mesti tak kan..biasa la yang buruk tu selalu untuk orang yang dia pandang hina sangat.
Dia kata aku duk mengata dia depan kawan2 dia..padahal kawan2 dia pun aku tak jumpak..aku tak tau la sape yang buat citer. Ada yang aku jumpak sorang dua duk tanya pasal dia, aku bkn tau sangat. Depa lak yang citer kat aku...tapi tak la da citer yang best pun sampai mengata dia..yang dia duk perasan aku duk kata dia tu kenapa..heran tul...tu la di mata dia aku ni jahat jer perangai...Mungkin memang aku jahat kot...dia jer yang baik...kawan2 yang wat cerita tu pun baik gak kot...ermm susah tul jumpa kawan yang tak reti nilai persahabatan..tau nak huru harakan perhubungan sesama insan adala....

Tapi tu la yang masih aku tertanya-tanya lagi jahat ke aku di mata dia. Apa yang pernah aku buat untuk dia selama ni takde yang baik ke? semua jahat? Sampai dia bleh selalu berprasangka buruk pada aku..aku tak pernah pun nak berdendam..ape yang terjadi aku redha jer...xde la aku nak salahkan dia ke sapa ke...dia dah dapat apa yang dia mau dalam hidup. Kebahagiaan pun dia ada, aku xde la nak jelous ngan hidup dia. Setiap ape yang berlaku kan ada hikmah..yang pasti ape pun takdir kita kena redha la..

Hal ni aku perasan lama dah..dari dulu lagi kalau ada ape tentang orang lain yang dia rasa bagus n baik dengan dia..aku mesti dia pandang buruk...bg dia orang kat luar lagi baik dari aku...emm entah la..mungkin kot...Benci sangat dia dengan aku..tapi aku tak pernah pun benci dia sampai macam tu sekali. Walaupun kata2 dia dulu banyak menyakitkan hati aku tapi takpe la aku xsimpan pun dendam. Lagipun setiap insan yang buat salah ngan kita, kita kena maafkan walaupun menyakitkan.

Apepun aku wat hal aku...Ape yang dia nak tuduh aku..dia cakap la..aku tak kisah...Mungkin dengan cara tu dia bahagia kot. Yang pasti aku xde pun nak doakan dia susah ke ape ke...aku buat hal aku lagi bagus..cari duit untuk diri aku..berdoa untuk diri aku dan keluarga aku dan kawan2 yang aku sayang..tu jer...untuk kehancuran hidup orang ni xde la nak doa wat pe...Allah pun tak terima doa yang tak baik tu.

Malam ni aku luahkan ape yang aku rasa kat orang ni la..sebab aku tertanya tanya memang jahat sangat ke aku???? Takpe la aku blajar untuk memperbaiki diri lagi..Terima kasih banyak...Sekurang-kurangnya aku blajar sesuatu untuk memperbaiki diri untuk jadi baik macam orang lain tu....

Thursday, April 7, 2011

Aku, keje dan duit...

Hahahhaa..ada orang kata aku ada pakwe...tu kat atas tu pakwe aku Sasuke...hensem kan..i like...hehee...nape tengok aku macam hidup senang sikit aku ada pakwe support ke..isk isk..tolong ler...alhamdulillah la sekarang ni rezeki tu ada la...bukan bermakna ada orang lain support pun..semua hasil sendiri.

Cuma sekarang aku harus keje keras lagi...aku kena keje n keje n keje..sampai la aku betul2 puas...aku cuma ada kawan2 n family jer...kalau cuti aku lebih suke duk umah jer...berkurung dalam rumah layan tv pun tak pe..kekadang kalau aku tak buat keje sabtu ahad aku lebih suke duduk dalam rumah..kekadang pintu pun aku tak bukak...tenangkan diri sorang2 dalam rumah...layan cd..layan tv...kalau kuar pun pi pasar malam beli barang dapur...sebab kalau aku tak keluar tu aku masak ape yang ada dalam peti ais jer...selalunya memang dah ada stok waktu hari cuti..senang..aku suka masak sendiri dari beli lauk kat luar...malas nak keluar la katakan..hehehe

Alhamdulillah la..walaupun tahun 2011 ni aku banyak berehat tapi aku bersyukur dengan income di Prudential aku leh settle semua perbelanjaan bulanan, hutang2 yang ada dan macam2 lagi. Setakat ni alhamdulillah la..aku bersyukur sangat...sebab tu setiap kejadian yang berlaku kat aku dulu ada hikmahnya...disebalik penderitaan ada kebahagiaan lain yang akan muncul. Sekarang aku rasa apa yang aku nak aku dapat beli cuma ada benda yang mahal tu lambat sikit la hehehe...

 Aku duk bujang tapi perbelanjaan aku tinggi gak la bulan2, yer la orang buat sales kena gaji 2x ganda dari orang keje kerajaan sbb kami kena travel hari2...kalau orang keje kerajaan pi keje letak keta balik keje..kami lak kena pi merata2...duit banyak habis kat minyak keta la..pastu ngan makan la...kena banyak melabur gak untuk customer...Apepun janji kita pandai merancang perbelanjaan. Yang best kat Prudential komisen 2x sebulan..selang 2 minggu jer dapat lagi...so alhamdulillah la...rezeki tak putus...Dulu memang la susah sikit tapi sekarang banyak perubahan, bersyukur pada Allah sangat2.

So kepada sesapa yang ingat aku ada orang lain tolong support tu, minta maaf la yer...tekaan anda salah sama sekali. Aku support diri sendiri la..hehehe..tak de maknanyer orang lain nak bg duit kat aku...kalau ada tu alhamdulillah la..tapi ada ke orang nak bagi..hehehe..Apepun lagi senang keje n cari duit sendiri..tak yah harap orang lain..baru ada kepuasan hidup.

Wednesday, April 6, 2011

Cara-cara atasi sifat marah

Aku ni jenis yang susah nak marah sikit tapi tengok hal jugak...kalau orang bawak keta gelong tak hormat pemandu lain aku marah la...Tapi kalau aku marah kat sape2 pun aku cepat lak sejuk..tu yang payah tu...ha, kalau masa aku betul2 marah memang teruk la sebab aku suke jerit...tapi tahap tu kalau aku mmg betul2 sakit hati la..ermm ada la 3 pat kali gak...hilang pertimbangan sat tapi still under control la...

       Majalah solusi isu 27 ada citer cara-cara nak atasi sifat marah..so kalau da sesapa yang cepat nak marah, cepat naik angin tu kena amalkan la..
  • Latih diri dengan akhlak yang mulia seperti bersabar, lemah-lembut dan berhati-hati dalam membuat keputusan.
Sabar tu akhlak mulia tu...ermmm sabar..aku pun penyabar..hehee...sabariah la katakan...lemah lembut tu kurang la sikit dan aku ni kurang berhati2 membuat keputusan..so kena blajar ni ikut cara di atas.
  • Mohon perlindungan kepada Allah daripada gangguan syaitan.
Istighfar banyak2 yek kawan2 kalau nak marah cepat2 la beristighfar...
  • Berwuduk. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Dan api akan padam dengan mengambil wuduk.
  • Ingat kepada balasan buruk yang akan menimpa kepada orang yang mengikut nafsu amarahnya.
  • Ingat dengan kelebihan dan pahala yang diperoleh oleh orang yang berrjaya menahan marahnya. Orang yang berjaya menahan kemarahannya disifatkan sebagai pahlawan yang berani.
  • Maafkan orang yang menjadi punca kemarahan kita.
  • Jika sedang berdiri, maka hendaklah duduk. Jika marahnya belum lagi reda, hendaklah berbaring.
So bagi sesapa yang suke marah2 controllah kemarahanmu yer..jangan selalu marah nanti kena sakit jantung cepat lak..tekanan darah pun cepat naik...rilex, sabar n steady yer...

Sunday, April 3, 2011

Tension la...

       Rasa macam sat jer masa berlalu..dah masuk bln April..aduh kena kejar sales lagi..target tak lepas lagi...lama sangat aku cuti ni...bangun aida bangun...sebut pasal bangun ni..lepas jer aku bangun tido ri ni..tepon pun berdering..aku pun angkat la...aduh tension nyer..

       kakak aku berleter pasal kawin lak...aduh lagi tambah tension aku...semalam dia dah kol dah ckp benda yg sama..hari ni ckp lagi...huhuhu...mana lagi nak pikir keje..nak ligan sales...dia duk tekan lak suruh kawin..aduhai...tertekan tul perasaan aku...rilex jap arr..aku da impian lagi lom tercapai...aku tak suke orang paksa2...susah tul orang nak paham aku..pot pet..pot pet duk tekan aku...huhuhu..sedih arrr...

      Kekadang kuar ngan kawan pun satu..sibuk jer tanya hang lom nak kawin lagi ker? dah ada calon ke?bila nak kawin? aduh soalan..lps bg soalan bg nasihat lak...wat jiwa aku tertekan jer...soalan sensitif tu..depa tak paham ka? jodoh pertemuan ajal maut kan ketentuan Allah..kalau da jodoh tak ke mana..penat oo nak jawab soalan2 tu..last2 org2 yang selalu tanya aku kurangkan jumpa sikit..mana taknya asal jumpa jer tanya, asal jumpa jer tanya..asal tanya mesti jumpa aku...huhuhu...rasanya sebelum tu dah berpuluh kali aku jawab..tapi asal jumpa jer tanya..pastu tanya lagi..tension aku..nak jer aku rakam pastu orang tanya aku on jer tape tu...kan senang..huhu..takde tempat nak ngadu so aku ngadu kat sini la...

      Wat masa ni aku nak pulun keje dulu..sebab aku rasa Allah bg aku peluang untuk aku berjaya dalam kerjaya aku sbb tu dia tak bg jodoh lg...ye la pengalaman semalam banyak mengajar aku...mengajar untuk lebih bijak...hehee...mula2 kena stabilkan income dulu..clear utang2...dah rasa selesa skit baru ke step seterusnya...iaitu insyaallah kalau da rezeki ...

ha beli umah la...dah lama teringin nak ada rumah sendiri..bleh hias macam2...pastu dah settle umah baru tukar keta..nak tau tak keta idaman aku...jap nak tunjuk...
Ha ni la keta idaman aku...Audi A4 warna putih...hari tu aku drive la waktu malam..pastu waktu nak parking aku nampak keta ni depan aku, jantung aku terus berdegup kencang jer pandang keta ni..cantiknyer...jatuh cinta beb..terus aku terstop tergamam tengok..lom pernah lagi rasa cam tu...lampu dia aku minat sangat...ngan design belakang mmg cantik...tambah kaler putih..perhh...terangkat..tak tau nak kata...

kat showroom pun dah tengok..so dah tanya harga ngan instalment la...masa tu member aku yang nak beli....kawan2 aku di Prudential memang suke pi showroom keta pun, ambik semangat...hehee...bila nak dapat ni...ada orang bg lagi bagus hahahha...pe pun kalau nak kena usaha...kalau tak nak tak yah usaha..tak gitu...wah besar tul impian aku...impian ni mmg kena besar...Hanya aku yang dapat menentukan adakah mimpi menjadi kenyataan atau bak kata peribahasa jepun:

"vision without action is a daydream. Action without vision ia a nightmare."(wawasan tanpa tindakan, angan2 pada siang hari. tindakan tanpa wawasan, mimpi ngeri pada malam hari.)

"If your head doesn't get there first, you never will."(jika minda anda tidak sampai ke destinasi terlebih dahulu, anda tidak akan sampai selamnya.)
                                                                 -Ernie Larson-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...