Monday, April 18, 2011

Doa Seorang Isteri

Semasa aku tengah kemas buku2 aku..aku terjumpa kertas yang aku print cantik tentang doa seorang isteri...doa ni aku pernah amalkan dulu...setiap kali aku baca doa ini aku pasti menangis...doa yang begitu menyentuh hati...doa ni kawan aku bagi...mungkin dia pun print dari mana2 sumber..so kat sini aku share la doa tu, jika anda seorang isteri amalkan lah doa ini...Insyaallah..

Doa Seorang Isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosaku yang telah ku perbuat 
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku dengan kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku di titianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk
akan segala perintahnya
Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku di dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berikanlah aku kesabaran untuk menghadapi segala
kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suamiku ini ditakdirkan bukan untuk
diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaanMu
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan duniaMu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus
membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku
memperbetulkan keadaannya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala
kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
sebagai isteri
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkanlah hati dan semangatku
Tabahkanlah aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri solehah
Hanya padaMu Ya Allah kupohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akalku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku....
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...