Tuesday, April 12, 2011

Buah Kiwi..

Terdetik hati ni nak tulis pasal buah kiwi...sebab buah kiwi ni kaya dengan vitamin C. Tapi vitamin C paling tinggi adalah pada jambu batu...kira buah kiwi ni jatuh no 2 la...Jambu batu aku tak suka sangat..so tak nak la citer..citer pasal buah kiwi la..hehe

Pagi2 selalunya aku minum yogurt...kekadang yogurt kiwi..kekadang yogurt kiwi + epal...kekadang ape2 jer perasa yang aku teringin...tapi dua perisa tu mmg sedap la...buah kiwi pun aku makan jugak la kadang2...ermm sedap, rasa masam manis.

Buah kiwi ni kaya antioksidan, di mana kandungan polifenol, karotenoid dan enzim-enzim lain membentuk  antioksidan akan menghalang radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh badan. So tubuh akan jadi lebih sihat dan terhindar daripada risiko pelbagai penyakit.

Buah ni jugak mengandungi lutein dan beta karoten. Khasiat daripada lutein dan beta karoten (vitamin A) adalah untuk memelihara kesihatan mata. So, kalau makan buah ni penglihatan mata dapat dipelihara dengan baik.

Selain itu ia juga mengandungi kalium, untuk apa kalium ni? ha untuk menjaga kesihatan jantung. Kiwi juga dapat membantu mengurangkan risiko penggumpalan darah yang menjadi punca penyakit kardiovaskular, mengawal kolesterol dan kandungan gula dalam darah.

Kiwi juga dapat membantu mengatasi masalah pencernaan. Masalah buang air besar yang tak teratur, masalah kembung perut dan sebagainya....Jadi, kena cuba amalkan makan kiwi secara teratur.

Ha selain untuk kesihatan tubuh badan, kiwi juga membantu memelihara kulit wajah supaya lebih sihat bermaya. Ia boleh digunakan dalam pelbagai kegunaan iaitu:
  • Sebagai masker- menjadikan kulit lebih elastik dan segar.
  • Memakan buah ni membuat kulit lebih bersinar, mengurangkan kerutan pada wajah dan menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata.
Kandungan antioksidan yang tinggi juga membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri. Buah ni menghasilkan minyak omega-3 yang biasanya digunakan dalam pembuatan kosmetik. Ia juga hanya mengandungi sedikit kalori, sehingga ia mudah diambil bagi mereka yang menjalani program diet.

So terpulang la nak wat jus ke nak makan ke nak wat masker ke janji kiwi banyak khasiat...macam kiwi kasut gak la penting untuk kasut..buah kiwi penting untuk kesihatan..Jom amalkan makan buah kiwi..nyum nyum..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...