Saturday, February 21, 2009

Prudential Nombor 1

ARKIB : 24/05/2008
Prudential jenama dipercayai
KUALA LUMPUR 23 Mei - Prudential Assurance Malaysia Bhd. telah dinamakan salah satu jenama paling dipercayai di Malaysia dalam Kaji Selidik Jenama Dipercayai di Asia Reader's Digest 2008 yang dijalankan pada Oktober tahun lepas.

Prudential dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah memenangi anugerah emas bagi kategori insurans di Malaysia selepas menewaskan 19 peserta lain dalam industri itu.
Ia berkata kaji selidik itu membabitkan 1,000 responden dalam setiap lapan pasaran serantau utama iaitu China, Hong Kong, India, Malaysia, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand.

Kaji selidik itu dijalankan berdasarkan kategori utama seperti kebolehpercayaan, imej, kualiti, nilai, pemahaman tentang keperluan pelanggan dan inovasi, kata Prudential.
"Kami berbangga bahawa lebih dari 20 juta pelanggan merentas bumi telah meletakkan kepercayaan kepada Prudential untuk menyediakan keperluan kewangan mereka.

Kemenangan kami pada anugerah Jenama Paling Dipercayai Reader's Digest merupakan satu bukti tentang fakta ini dan mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam pasaran," kata Ketua Pegawai Pemasarannya, Thomas Wong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...