Thursday, February 19, 2009

apa yang ditunggu???

Kekadang kita lupa, hidup di dunia ni hanya sementara. Apa yang ada ditubuh kita hanya pinjaman oleh Yang Maha Esa. Bila-bila masa boleh ditarik balik. Ada waktunya Allah uji kita dengan demam, kita dah mengeluh tak leh keje,tak leh buat apa pun sebab tak sihat,buat apa pun tak kena...itu baru sikit.

Kalau la ditakdirkan kita diuji dengan musibah sakit pastu lumpuh, apa akan jadi pada kita,anak bini kita...keje dah tentu tak boleh.sape nak sara kita,kalau bini keje ok la,kalau tak, macam mana??macam mana dengan anak2 kita?sapa nak sara mereka.nak makan ape?duit dalam simpanan habis bayar kos rawatan..kos perubatan makin hari makin meningkat.

Nak tak nak minta derma sana sini..nak buat macam mana dah terpaksa.sedara mara yang ada kalau sikit boleh la tolong, kalau dah berpuluhribu sapa yang nak tolong..last2 pinjam along habis semua terlelong. buka paper hari2 ada saja yang perlukan derma untuk kos perubatan. anda nak jadi salah sorang dari mereka ke?kita kena ingat musibah akan menimpa dalam dua keadaan iaitu sakit dan kemalangan.kita tak kan boleh jangka ia akan berlaku,walaupun kita keje sebagai ahli nujum, tetap tak kan tau.

 Hanya Allah yang tahu akan takdir kehidupan kita. sebagai hambaNya kita kena bersedia untuk mengaharungi hidup di dunia ini. Ingatlah firman Allah yang ertinya," Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum,kecuali jika kaum itu sendiri berusaha mengubahnya." Kita tidak boleh menunggu suatu nasib sedang kita tidak melakukan apa-apa tindakan.

oleh itu, buat perlindungan dari awal, lindungilah diri kita,isteri dan anak2 kita dengan perlindungan insuran.jika kita tak beri perlindungan pada mereka, siapa lagi nak bagi? ambillah pelan perlindungan yang terbaik untuk mereka beserta kad perubatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...